Dansa rancangan berkonsepkan dokumentari dan penjelajahan ini, sudah ditukar siarannya esok (12 April), jam 5 petang di TV3.
Sewaktu ditemui baru-baru ini Sasha menjelaskan, walaupun usaha untuk menghasilkan episod di Kyoto itu penuh dugaan dan cabaran, dia berasa puas.
“Saya menggemari budaya Jepun kerana ia kaya dengan adat dan tradisi. Walaupun sudah maju, nilai tradisi yang ada tidak ditinggalkan. Masyarakatnya bijak mengimbangkan kedua-dua perkara ini yang dianggap penting sebagai panduan hidup.
“Walaupun kita dan Jepun berada dalam rantau Asia dan memiliki persamaan dalam beberapa perkara membabitkan budaya dan tradisi, namun pembinaan tamadun mereka jauh lebih awal.
“Tidak keterlaluan jika saya katakan Jepun turut menjadi inspirasi kebanyakan penggiat seni. Selain teknologi, mereka turut dihormati dalam bidang muzik, fesyen mahupun video muzik.
“Jepun menjadi ilham kepada banyak perkara, bagaimanapun apabila menyebut mengenai Negara Matahari Terbit itu perkara pertama yang terfikir di kepala saya adalah Geisha dan seni tariannya. Ia dianggap ikon dan mewakili Jepun.
“Penghibur wanita itu dianggap antara perkara penting dalam sejarah masyarakat Jepun,” katanya.
Menceritakan mengenai cabaran yang harus dilakukan katanya, antara perkara yang tidak dapat dilupakan ialah apabila terpaksa berdepan dengan pakaian geisha itu sendiri yang agak berat dan cuba menjiwai watak wanita penghibur.
“Pakaian yang harus dikenakan wanita geisha berlapis tebalnya. Dia juga harus sopan, tahu mengenai muzik dan mahir menari.
|
“Seorang geisha yang saya lihat di Kyoto, tempat budaya itu berkembang, selalu saja tampil menarik. Malah, guru yang mengajar saya itu juga tidak ketinggalan memakai kimono walaupun untuk keluar seketika.
“Sepanjang seminggu bersama mereka saya diminta sentiasa bergaya dalam salinan tradisi agar apabila membuat persembahan tidak terlalu kekok,” katanya
Cerita Sasha lagi, tarian geisha ini ada pelbagai dan menggunakan alatan berbeza berdasarkan jalan cerita dipersembahkan.
“Hendak diikutkan ada yang menari menggunakan alat muzik tradisi seperti gitar, skaf, payung dan kipas. Saya memilih untuk mempersembahkan tarian menggunakan kipas kerana suka jalan ceritanya.
“Ia mengisahkan wanita yang mencintai seorang anggota tentera dalam diam. Dia tidak dapat meluahkan perasaan secara berdepan dan hanya menyatakan menerusi nyanyian dan persembahan.
“Kipas menjadi objek utama untuk dia menggambarkan perasaan hatinya kepada jejaka disayangi. Setiap gerak ada makna. Itu yang mencabar kemampuan saya. Saya bukan saja perlu bergerak, tetapi harus menunjukkan ekspresi jiwa. Ibaratnya saya perlu berlakon sewaktu menari,” katanya
Kata Sasha lagi tidak seperti tarian biasa, gerakan geisha biasanya tiada pengulangan apatah lagi ia dilakukan secara solo.
“Apabila persembahan dibuat mata semua tertumpu kepada penari dan kesilapan harus dielakkan. Jika perkara itu berlaku bimbang pengertian lain yang akan diterima penonton,” katanya
No comments:
Post a Comment